LAman inTeraktif Antara kita

Thursday, October 30, 2008

CORETAN SEMINGGU, 27 Okt - 2 Nov, 2008

Isnin, 27 Oktober 2008
(1) Sekolah cuti Hari Deepavali. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama membolehkan kita merayakan pelbagai sambutan keagamaan. Ini menyebabkan, kitalah satu-satunya negara di dunia ini yang merayakan banyak perayaan keagamaan. Walau bagaimanapun, saya berpegang kepada;
"Bagi kamu agamamu, bagi kami agama kami" (al-Kafirun:6)
(2) Kondangan rumah YDP PIBG. Cuti Hari Deepavali dimanfaatkan oleh YDP PIBG, Dato' Sulaiman Karli untuk mengadakan majlis walimatul urus anak lelakinya. Besannya orang Trengganu. Hubungan akrab dengan PIBG perlu dikekal dan dieratkan. Memang selama ini, PIBG banyak membantu sekolah dalam hal-hal kewangan dan sokongan moral. Pun demikian, ada di kalangan ahli yang tidak menggunakan saluran PIBG dalam menyelesaikan masalah yang timbul berkaitan sekolah. Terlalu ramai yang hendak menjadi "juru bicara" umat. Walhal kita ada PIBG sebagai wadah perbincangan. Mungkin merekapun tak hadir MAT PIBG.

Selasa, 28 Oktober 2008
(1) Sekolah masih cuti Hari Deepavali. Ini adalah cuti peristiwa yang keempat. (Habis kuota untuk 2008). Masih ada SMS yang bertanya cuti atau tidak. Diakui bahawa maklumat tidak sampai atau tidak menyeluruh. Inilah peluang untuk memanfaatkan laman web sekolah atau blog rakan-rakan guru.
Sekolah anak-anak dan isteri tak cuti. Jadi duduk rumah tapi buat kerja sekolah. Dapat juga menyiapkan laporan untuk mesyuarat pengurusan pada hari Rabu.

Rabu, 29 Oktober 2008
(1) Lama juga tinggalkan sekolah. Seminggu yang lalu di Taman Negara untuk kursus SAP-HC. Seperti biasa, tak nampak permukaan meja kerana penuh dengan surat-surat untuk diambil tindakan. Dah baca buku, 'Mengurus Atur Di Tempat Kerja' maka perkara pertama hendaklah 'kuasai meja anda'.
(2) Mesyuarat pengurusan dengan semua pentadbir. Saya membentangkan aktiviti-aktiviti telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh unit kurikulum. Percubaan PMR, kita ke-5 dalam daerah dan teramai pelajar cemerlang (sama dengan bekas sekolah bos). SPM kita ke-13 tetapi pelajar cemerlang teramai dalam daerah. Memanglah ramai bukan alasan tetapi ramai itu kekuatan (kalau pergi perang, kitakan nak ramai bala tentera). Bos maklumkan bahawa kita masih kekurangan 23 orang guru. Wow! Makin besarlah SMKTPG tetapi mana nak letak guru-guru ini. Bilik guru dah over load. Plan B, kena gunakan bilik-bilik khas yang ada. Tapi nanti guru-guru akan duduk berasingan dan terputus interaksi. Kena adakan plan kontegensi, seperti taklimat pagi atau aktiviti jamuan raya dah habis seperti yang dirancangkan pada Sabtu, 1 Nov. 2008. (tahniah buat kelab staf, proaktif)
Khamis, 30 Oktober 2008
(1) Pembentangan keputusan percubaan SPM. Budaya membuat post mortem perlu diterapkan. Melihat dan mengkaji kekuatan dan kelemahan yang ada. Semua KP memberikan ulasan kekuatan dan kelemahan mata pelajaran masing-masing. Gembira melihat rakan-rakan guru berkongsi kekuatan yang dimiliki oleh setiap panitia. Macam iklan di kedai makan, 'yang elok beritahu kawan, yang kurang beritahu kami'. Memang mudah untuk kita letakkan kesalahan kepada faktor murid, tetapi persoalannya apakah yang telah kita lakukan. Kenapa murid ada yang suka subjek ini tetapi tidak subjek itu. Empat faktor utama membuat post mortem. Rancangan, Bahan, Murid dan Guru. Nah! Di sinilah analisis SWOC digunakan. Kemudian bentuk rancangan strategik, rancangan operasi dan taktikal. Bunyinya besar tetapi jika kita gagal merancang, maka kita merancang untuk gagal.
(2) Seminar EST. Guru-guru masih bersemangat mencurahkan ilmu yang ada kepada pelajar hingga ke saat-saat akhir seperti sekarang. Tahniah buat KP EST. Malangnya dah tak berapa ramai pelajar yang hadir sekolah selepas trial SPM. Tak apalah rakan-rakan guru. Teruskan dengan yang ada. Setidak-tidaknya kita telah melakukan yang terbaik.

1 comment:

teachuhman said...

TQ Tn Hj, I try my best sincerely. I pray Allah Taala will be kind to us and our students. My exact thoughts was what you said about blaming the students. I spoke about this to Raja in the car on the way home. As I always said, we have many strengths, the problem is how do we tap this huge pool of talent? That's your headache, and the bosses one too. Me... just a simple man with a complicated mind and raging spirit mellowed by time and frustration doubled by the confusion of existence.....