LAman inTeraktif Antara kita

Sunday, November 2, 2008

CATATAN HARIAN, SABTU, 1 NOV. 2008


(1) 3 PROGRAM SEHARI
ANUGERAH KOKURIKULUM DAN PENYAMPAIAN BANTUAN PAKAIAN UNIT BERUNIFORM.
Kalau bulan April lalu, pelajar berkumpul untuk dianugerahkan kecemerlangan akademik, pagi hari ini pelajar berkumpul untuk dianugerahkan kecemerlangan kokurikulum. Dicongak-congak tak ramai mereka yang dapat anugerah kokukurikulum juga adalah penerima anugerah akademik. Maknanya, hasrat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi JERI ( ikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan) kurang tercapai. Dicongak lagi, penerima anugerah KK lebih kurang 200 orang dan anugerah akademik lebih kurang 200 orang. Setelah digabung dan disaring, mungkin dalam 400 orang pelajar yang aktif akademik atau/dan kokurikulumnya. Ini 16% daripada pelajar SMKTPG.

Bagaimana dengan yang lain, 84% lagi. Apakah penghargaan yang kita berikan kepada mereka. Semua orang perlukan penghargaan dan mungkin pujian. Lebih-lebih lagi pelajar remaja ini. Kalaulah dah di rumah asyik kena leter oleh ibu bapa, janganlah pula ditambah bila di sekolah. (memanglah kadang-kadang kalau tak dileter tak jadi). Mungkin ini yang dimaksudkan bahawa kita kurang 'personal touch' dengan pelajar.

JAMUAN DAH HABIS RAYA SMKTPG

Sebelah petangnya, guru-guru bersama-sama keluarga masing-masing berkumpul di dewan sekolah untuk merayakan jamuan 'dah habis raya'. Gembira dapat berjumpa pasangan rakan-rakan guru. Paling tidak kenal juga pasangan staf kita. Isteri beritahu ramai juga staf SMKTPG yang datang. Saya maklumkan bahawa tak semua datang. Adatlah dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti di luar tugas rasmi, kehadiran melebihi 80% dikira dah OK. Takkan nak keluarkan surat tunjuk sebab.

Inilah dia KEKUATAN/STRENGTH dalam analisis SWOT/C. Malah ada rakan staf beri komen supaya penggembelingan KEKUATAN ini perlu ditangani secara profesional dan berhikmah.

JAMUAN AKHIR TAHUN ASRAMA

Sebelah malamnya, diadakan pula Jamuan Akhir Tahun Asrama. Setelah 7 tahun anak-anak asrama berjamuan akhir tahun di hotel-hotel, tahun ini mereka diraikan di DM. Bermula di Pan Pasific, ke Grand Blue Wave, ke Concorde, ke INTEKMA, ke Allyson Klana, ke Gold Course dan akhirnya ke GCR Nilai tahun lepas. Bukan sekadar nak habiskan peruntukan, tetapi nak meraikan anak-anak asrama dan wardennya.

Teringat masa jadi PKHEM dulu. Setiap tahun kena merisik, melamar dan mendapatkan warden. Maklumlah tugas warden ini bukannya mudah. Cabarannya cukup hebat. Terbongkar juga perakuan seorang mantan warden yang telah berpindah. Katanya, masa pengetua tawarkan jawatan warden dia tolak. Tapi bila PKHEM telefon minta dia jadi warden, macam ada satu kuasa yang tak boleh menolak. Ilmu apa yang digunakan? Tak ada apa-apa. Cuma apabila kita berurusan dengan manusia, kita serahkan kepada pencipta manusia itu. (Allah).

Ini satu lagi KEKUATAN kita. Anak-anak asrama adalah pelajar terpilih. Saya sendiri pernah menangis dalam mesyuarat apabila menceritakan hal-halnya anak-anak asrama. Masakan tidak. Rezeki dan ketentuan Ilahi menyebabkan mereka di tempatkan di sini. Kalau dari segi UPSR, mereka juga layak ke Sek Alam Shah (sekolah lama saya), ke Seri Puteri atau SBP yang lain. Mereka ini bagaikan permata dalam serpihan kaca. Kenalah sediakan pelan strategi untuk menggilap permata-pertama ini agar terus bersinar.

1 comment:

Anonymous said...

Semoga ikatan ukhwah antara warga SMKTPG akan terus terjalin tanpa halangan...
Asrama SMKTPG mengorak langkah menjadi yang terbilang dikalangan yg terbaik...